KUALA LUMPUR, 14 Dis — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan
Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil
peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan.
Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.
“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.
Read More / Baca Lagi >>