Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Anwar kritik ahli Pakatan dalam merebut kerusi calon

$
0
0
Penyokong Pakatan Rakyat di Konvesyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. — Gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 9 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada ahli Pakatan Rakyat (PR) yang merebut kerusi dan mengeluarkan "amaran" kepada mereka jika tuntutan rakyat tidak ditunaikan.
"Ini adalah pemikiran sempit dan tidak melihat kepada gambaran yang luas," kata ketua pembangkang tersebut
Beliau berkata akar umbi mungkin mahu untuk kerusi, atau mungkin menuntut untuk kerusi, tetapi adalah salah untuk mengugut untuk mendapatkan kerusi.
"Jangan korbankan prinsip PR hanya kerana mahu merebut kerusi di satu atau dua kawasan," kata ketua umum PKR itu lagi.
Beliau berkata bantahan sering terdapat di akar umbi manakala pihak pimpinan PKR, DAP dan PAS tidak mempunyai masalah antara satu sama lain.
Anwar berkata hubungannya dengan PAS adalah seperti rakan karib yang mahu memperkukuhkan Islam dalam negara ini.
"DAP juga, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng adalah seperti keluarga saya," katanya lagi.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata PR tidak sempurna dan ada kelemahan.
"Kita hanya boleh memohon kepada Tuhan untuk kita menjadi lebih baik," katanya lagi.
Konvensyen negeri PR menyaksikan 200 delegasi dari PKR, PAS dan DAP hadir dalam acara separuh hari itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913