
Dokumen ini bukan sekadar hasil susulan persidangan tetapi kesinambungan dari tiga kumpulan pemerhati antarabangsa; kumpulan awal pada April 2012, kumpulan pemerhati Muslim Amerika dalam Januari 2013 dan kumpulan pemerhati Muslim Eropah dalam Februari 2013. Di dalam laporan ini tercatat sejumlah maklumat, analisa dan saranan.
Pilihan raya adil dan bebas adalah kebanggaan mana-mana negara, seandainya ia dilaksanakan. Oleh sebab itu kebanyakan rakyat Malaysia tersohor dan rakan-rakan dari luar negara telah menyertai usaha kita untuk merubah pilihan raya kita menjadi sebuah pesta meraikan demokrasi.
Kita telah berusaha keras sejak pilihan raya umum yang lalu dan kini kita di ambang pilihan raya umum yang baru. Masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan, namun tatkala meneliti laporan yang dilampirkan, wujud beberapa tindakan yang boleh diambil dan saya menuntut ianya dilaksanakan. Ianya seperti berikut;
1) Tempoh kempen selama 21 hari
Ini akan memberi ruang kepada semua parti terutamanya parti yang memiliki keupayaan kewangan yang terbatas, untuk memastikan mesej kempen mereka sampai kepada seluruh rakyat Malaysia. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjamin sekurang-kurangnya untuk tempoh 12 hari, namun dalam semangat keadilan, sewajarnya diperuntukan 21 hari.
2) Kerajaan caretaker
Perdana Menteri Najib Razak perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan caretaker bermula dari hari ini sehingga hari mengundi. Beliau harus memastikan jentera dan dana kerajaan tidak disalahgunakan dalam usaha meraih undi untuk Barisan Nasional. Sebuah kerajaan caretaker membenarkan Najib untuk mentadbir namun tidak membolehkan beliau untuk menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi.
Read More / Baca Lagi >>