Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

K’jaan sementara: Najib tak boleh guna dana k’jaan untuk kempen BN

$
0
0
TaianPETALING JAYA 19 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan supaya tidak menyalahguna jentera dan dana kerajaan untuk kempen BN menjelang pilihan raya.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui BN berakhir 8 Mac lalu, genap lima tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008 diadakan.
Ekoran itu, beliau menggesa Najib bersetuju dengan penubuhan kerajaan sementara.
“Najib perlu bersetuju untuk sebuah kerajaan sementara bermula hari ini sehingga mengundi,” kata Anwar.
Beliau berkata, jika sistem kerajaan sementara diaplikasi, Najib kehilangan status etika untuk meluluskan apa-apa projek.
“Kerajaan sementara membenarkan Najib untuk mentadbir, namun tidak membolehkan beliau menetapkan dasar dan perbelanjaan baru untuk meraih undi,” kata Anwar pada kenyataan dibacakan Naib Presiden, Tian Chua di ibu pejabat parti hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913