Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Lahad Datu bukan main 'police sentry'...

$
0
0
Mat Zain: Penceroboh patut dianggap lancar perang sejak awal
Kelmarin, rakyat dihidangkan dengan satu lagi episod baru dibintangi oleh Tan Sri Abdul Gani Patail, anak kelahiran Sabah, yang dilaporkan mengepalai pendakwaan seramai 8 orang daripada penceroboh bersenjata di Lahad Datu, kerana kesalahan keganasan dan melancarkan perang terhadap SPB Yang Di-Pertuan Agong.
Gani sepatutnya sedar hakikatnya, bahawa pertuduhan melancarkan perang terhadap YDP Agong yang dikenakan keatas tertuduh itu, bukan membuktikan keberanian, kecekapan atau kepintaran beliau sebagai peguam negara.
Sebaliknya, pertuduhan yang dikenakan setelah 10 orang anggota keselamatan kita terkorban, hanya menyerlahkan kelemahan, kecuaian dan keangkuhan Gani Patail sendiri, yang sepatutnya telah bertindak melaksanakan tanggungjawab utama beliau semenjak pencerobohan bersenjata itu dikesan lagi.

Adalah menjadi tanggungjawab utama peguam negara untuk menasihatkan Yang Di-Pertuan Agong atau jemaah menteri, berkaitan perkara undang-undang, sepertimana yang ditetapkan dalam perlembagaan persekutuan.

Sekiranya sejak dari hari pertama lagi Peguam Negara telah menasihatkan YDP Agong bahawa tindakan lebih dari 150 orang bersenjata menceroboh masuk ke Lahad Datu itu boleh diklasifikasikan mengikut undang-undang sebagai perbuatan melancarkan perang terhadap Seri Paduka Baginda, maka nescaya Baginda, selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Malaysia, tidak akan teragak-agak untuk mengerahkan bala tentera dan pasukan keselamatan Negara untuk melancarkan tindak balas yang sewajarnya bagi menyelamatkan Negara dan rakyat Baginda.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913