KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi
pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan
lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis
Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi
keutamaan demi kesejahteraan rakyat.
Katanya, antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus,
mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan
kebajikan.
"Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook PDRM hari ini.
Ismail berkata advokasi melalui media baharu seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita palsu berkisar kepada PRU13.
Beliau menegaskan polis yang bertugas pada pilihan raya nanti tidak akan berkompromi dengan apa jua anasir dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang.