
Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian
mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas
tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam
peti besi.
"Kita mesti menjaga hati mereka apatah
lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita
ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai
soalan dan berasa kecil hati," katanya.Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.
"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.
Read More / Baca Lagi >>