Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Umno khianati keselamatan rakyat

$
0
0
 Berikut pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli mengenai malapetaka “Projek IC” Sabah, akibat tindakan tidak bertanggungjawab Umno-BN. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.

WARTAWAN: Semua pihak sedar, “Projek IC” Sabah amat bahaya, malah ia boleh menimbulkan pelbagai malapetaka kepada negara...
DR MOHD HATTA: Apa yang dikatakan “Projek IC” itu ialah kelonggaran terlalu mudah berikan kerakyatan kepada rakyat asing. Memang tidak dinafi kan, “Projek IC” memang bahaya.
Apa yang berlaku di Sabah sekarang adalah kesan “Projek IC”. Rakyat asing diberikan IC dengan mudah. Tujuan mereka diberikan IC bukan setakat jadi warga negara, tetapi untuk menjadi pengundi bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu daripada BN.
Tindakan itu, pada satu ketika memang boleh untungkan BN itu, tetapi apabila IC diberi tanpa adanya proses penilaian betul, tanpa ditangani dengan penuh tanggungjawab, pada satu ketika yang lain pasti akan mendatangkan kesan buruk kepada negara.
Mereka yang dapat IC itu bukan kecil jumlahnya. Ratusan ribu orang. Pada mulanya mereka hanya dijadikan pengundi dan mungkin setia, tetapi pada satu masa yang lain, mereka akan mengancam keselamatan.
Apa yang berlaku di Sabah sekarang adalah satu contoh jelas ke arah itu?
Iya. Apa yang berlaku di Sabah sekarang memang satu contoh yang jelas terhadap perkara itu. Sekarang bukan hanya menyusahkan mereka yang diberikan kerakyatan, tetapi juga menyusahkan seluruh negeri Sabah. Malah mencemaskan seluruh negara. Apabila berlakunya kejadian seperti ini, ia juga boleh menjejaskan keselamatan penduduk, ekonomi dan perhubungan kaum di negara ini.
Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang diakuinya sendiri adalah orang yang bertanggungjawab dengan“Projek IC”. Tetapi kenapa tiada tindakan yang diambil ke atas beliau?
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913