Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Masa anak muda memilih

$
0
0
Oleh Azhar Mohamed Salleh
Satu ketika dulu, laungan “Hidup Melayu” sungguh gah dan keramat apabila kedengaran, malah sedikit pasti terdetik perasaan gentar kaum lain mendengarnya. Itu dulu dan keadaan kini sudah jauh berubah, hampir tiada lagi kedengaran anak muda dengan bangganya melaungkan slogan itu. Hanya tinggal sekali sekala terdengar apabila parti bersidang di PWTC juga apabila panglima NGO Melayu melakukan demo bantahan.

 Mereka yang melaungkan slogan berbaur perkauman ini, bukan hanya bendera apa yang dikibarkan, malah hingga ke peribadi dan tahap pemikiran mereka juga boleh diduga.  Daripada 12 juta pengundi berdaftar untuk pilihanraya akan datang ini, 38.8 peratus jumlah tersebut adalah golongan muda yang terdiri dari mereka yang berumur 40 tahun kebawah. Generasi Y, iaitu mereka yang lahir sekitar penghujung tahun 70-an hingga lewat 80-an mendominasi kategori ini. Apa yang menariknya pada golongan muda dan ganerasi Y ini adalah cara dan suasana mereka menjalani proses kematangan.
Mereka membesar dalam ketika negara kita pesat berubah dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada pembangunan perindustrian seterusnya mengalami revolusi teknologi maklumat. Golongan muda ini mempunyai naluri keinginan “inquiry” serta sifat melawan yang luar biasa terhadap sesuatu perkara melibatkan kepentingan mereka. Golongan ini juga tersemai perasaan ingin bersaing, berani mencuba sesuatu yang baru serta melakukan perubahan. Ini merupakan nilai positif yang dimiliki dan dibanggakan oleh golongan muda. Maka tidak hairanlah jika kita lihat amat ketara perbezaan cara pemikiran golongan muda masakini berbanding ganerasi X yang terdahulu dari mereka.
Umum ketahui bahawa PRU13 bakal menjadi pilihanraya paling sengit dalam sejarah kerana kekuatan pengaruh pembangkang kini berada  pada kedudukan terbaik dalam usaha mengambil alih pemerintahan dan Putrajaya. Pemimpin utama dalam PR seperti TGNA, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dilihat sudah cukup masak dengan asam garam dalam politik setelah berkecimpung sekian lama. Harus diingat dari lima tahun akan datang, aku kira dari sudut usia, mereka tidak lagi sesuai memimpin parti apatah lagi sebuah kerajaan. Lupakan usia mantan PM kita yang lalu! Justeru PRU 13 merupakan pentas akhir bagi penglibatan politik mereka ini sebelum bersara.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913