KUALA LUMPUR, 22 Mac — Dalam debaran menunggu pengumuman pembubaran
Dewan Rakyat, parti-parti politik dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
melahirkan keyakinan bahawa mereka sudah bersedia untuk menghadapi
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang ditunggu-tunggu itu.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan berkata jentera penerangan BN telah mengadakan sesi taklimat dan ceramah di seluruh negara, dan esok adalah yang terakhir di Sabah.
"Selagi belum pilihan raya kita kena terus bersiap dan terus bekerja tanpa henti sehingga kita tahu keputusannya. Segalanya sudah siap, kita hanya tunggu manifesto dan pengumuman calon sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata manifesto BN biasanya akan dilancarkan selepas pembubaran Dewan Rakyat dan nama calon setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti biasa terus sibuk dengan jadual hariannya di Putrajaya manakala esok, beliau dijadual menghadiri beberapa program di Pahang.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR juga sama seperti pihak lain yang menunggu pengumuman pembubaran Dewan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>