Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Parti politik dibenar bentang manifesto 10 minit di RTM — Rais

$
0
0

 ( SIRI KARTUN NI DAPAT SLOT 30 MINIT KAT TV...NI UNTUK KESINAMBUNGAN NEGARA BERPELEMBAGAAN DAPAT 10 MINIT JERK...!!!! UMNO@BN BERJAM-JAM SETIAP HARI KEMPEN KAT TV TAK PE EH..???)



KUALA LUMPUR, 22 Mac — Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
“Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
“Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913