PETALING JAYA, 22 MAC: Sebuah kajian Universiti Malaya mendapati
majoriti pengundi atas pagar percaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim lebih layak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke
13 (PRU-13) nanti.
Kajian yang dijalankan dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 itu mendapati 44 peratus responden yang dikategorikan pengundi atas pagar percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Pada masa sama hanya 31 peratus pengundi atas pagar di dalam kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, melihat Najib sebagai lebih layak.
Seramai 41 peratus responden yang dianggap pengundi atas pagar menganggap Anwar lebih berwibawa sebagai pemimpin dalam pentadbiran kerajaan.
Pada masa sama hanya 36 peratus daripada mereka melihat Najib sebagai lebih berwibawa.
Dalam soalan sama, 45 peratus pula tidak bersetuju sekiranya Najib dianggap pemimpin berwibawa berbanding Anwar 11 peratus.
Kategori pengundi atas pagar itu merupakan 21 peratus daripada
1,409 responden yang dibanci di dalam kajian itu dan yang menjawab “tidak pasti” kepada soalan:
“Parti manakah yang dijangka menang di peringkat nasional dalam PRU-13 dan menguasai Putrajaya.”
Manakala 42 peratus yang dibanci menjangkakan Umno-BN akan memenangi PRU-13 berbanding 37 peratus untuk Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>