KUALA LUMPUR, 23 Mac — Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat
dalang insiden pencerobohan di Sabah akan diumumkan oleh Perdana
Menteri, Isnin ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menteri dalam negeri itu berkata Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara tersebut pada sidang media sempena sambutan Hari Polis.
"Pada ketika ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah pun "menjalankan kerja" bagi mengenal pasti dalang insiden itu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota keselamatan dan 63 pengganas," katanya dipetik dari The Star Online.
Sementara itu, beliau berkata KDN telah bekerjasama dengan agensi perisikan serantau bagi menyiasat dan mengenal pasti dalang insiden pencerobohan kumpulan militan dari selatan Filipina di Sabah.
Menurutnya, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menjalin kerjasama rapat dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA) Filipina.
Read More / Baca Lagi >>