Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Nak lari ke mana Taib Mahmud?

$
0
0

Oleh Kim Quek

Jawapan lemah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berhubung pendedahan rasuah pembalakan dalam satu video seolah-olah mengesahkan kesalahannya.
Terdahulu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpangkalan di London, NGO Global Witness (GW) mengeluarkan sebuah video yang merakam perbualan di antara penyiasat persendiran GW dengan dua pupu Taib.

Video itu mendedahkan bagaimana Taib dan anggota keluarganya menimbun kekayaan secara haram dengan memunggah kekayaan hasil dari aktiviti pembalakan secara berleluasa.  Video tersebut dimuat naik dalam YouTube dan disiarkan rangkaian TV Aljazeera pada 18 Mac lalu.

Menyamar sebagai pelabur asing untuk membeli tanah hutan balak untuk dijadikan ladang kelapa sawit, penyiasat GW berbual dengan Fatimah Abdul Rahman dan Norlia Abdul Rahman, yang merupakan anak-anak bapa saudara Taib iaitu Abdul Rahman Ya’acob, ketua menteri sebelum Taib. Perbualan mereka adalah seperti berikut:
Fatimah: Ample Agro adalah syarikat milik keluarga kami, tetapi empat daripada saudara kami ada dalam syarikat itu.  Jabatan Survei dan Tanah yang mengeluarkan lesen.  Sudah tentu atas arahan Ketua Menteri dan saya boleh bercakap dengan Ketua Menteri dengan mudah.
GW: Boleh ke?
Fatimah: Ya.
GW: Kamu fikir beliau akan setuju?
Fatimah: Ya, dialah yang memberi tanah kepada kami.  Dia sepupu saya (ketawa). Ibunya dan bapa saya adalah kakak dan adik.  Dia sepupu saya, jadi agak mudah.
Taib tidak dapat menjawab
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913