
Menurut Timbalan Ketua Cabang Gombak, Amiruddin Shari, antara penceramah kali ini adalah beliau sendiri, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohd Sabu; Yang Di Pertua PAS Gombak, Salehuddin Mohd Nasir dan seorang pimpinan anak muda.
Justeru, beliau mendesak polis membuat persediaan rapi bagi memastikan program tersebut berjalan lancar dan mengelak diganggu samseng Umno.
“Kita juga mahu polis umumkan siasatan terkini berhubung insiden berdarah itu bagi memastikan dalangnya diheret ke muka pengadilan, termasuk laporan yang kita buat sebelum dan selepas kejadian.
“Marilah kita mengamal politik matang, kalau tidak berpuas hati dengan Pakatan, kita debat, itu lebih baik dari menggangu kami yang akhirnya rakyat yang hanya datang untuk dengar ceramah jadi mangsa,” katanya kepada Keadilan Daily.
Read More / Baca Lagi >>