TEMERLOH - Gabungan Profesional Menuntut Royalti Minyak atau 'R' Pahang
akan mendedahkan bukti terperinci mengenai kewujudan telaga minyak di
blok PM-308 medan Rhu kepada umum dalam masa terdekat.
Pengerusinya, Nordin Majid berkata, pihaknya akan mendedahkan maklumat itu tetapi pada masa yang sama mengharapkan Kerajaan Pusat memberi bukti bahawa blok PM-307 Bertam sebenarnya berada di perairan Terengganu.
Menurutnya, R Pahang ada bukti itu dan bersedia mengemukakan hasil kajian bersama R Malaysia mengenai kewujudan telaga minyak PM-308 medan Rhu yang enam kali lebih besar daripada blok PM-307 di Bertam.
Read More / Baca Lagi >>