Menuduh Pakatan Rakyat
(Pembangkang) akan membuat huru-hara di hari pilihan raya, memang satu
fitnah jahat yang dimainkan oleh para pemimpin pencen dan bakal
dipencenkan Umno/Bn sekarang ini di media-media kawalan mereka.
Mencipta tuduhan tidak ada asas dengan hanya membebel di hadapan media yang mereka kuasai, hanya sekadar mahu membentuk public opinion
dalam kalangan rakyat untuk menyetujui hujah-hujah dangkal dan bangsat
mereka agar rakyat yang tak tahu hujung pangkal, membenci parti-parti
Pakatan Rakyat musuh Umno/Bn.
Muhyiddin membuat fitnah
akan berlaku huru-hara. Sharizat Jalil hinggakan mahu menubuhkan apa
yang disebutnya 'task force' wanita untuk membenteng huru-hara. Mamak
bendahara tua yang kini bagaikan hidup 'menggelupur' tak tentu arah ke
sana ke mari, juga 'herut-herut' mulut melagukan teori konon PR akan
membuat huru-hara di hari mengundi!
Read More / Baca Lagi >>