KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata
sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin
hampir, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerja keras melaksanakan
langkah-langkah bagi memastikan suara rakyat dapat dinilai secara adil.
Perdana Menteri merujuk tiga inisiatif yang dilaksanakan suruhanjaya itu bagi memastikan pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil.
Inisiatif terbabit ialah memastikan daftar pemilih tepat dan terkini, undi pos bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara serta penggunaan dakwat kekal.
Menerusi entri bertajuk 'Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil' di laman blog 1Malaysia beliau, Najib berkata daftar pemilih yang tepat dan terkini bertujuan mencegah penipuan serta pengundi hantu.
"Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam daftar pemilih yang telah diwartakan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>