Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : Samseng Umno persenda lagu Negaraku untuk ganggu ceramah Pakatan di Johor

$
0
0
2ed0e01c9bb611e2a23322000aaa04c3_7JOHOR BAHARU 3 APRIL: Sekumpulan samseng Umno mempersenda lagu Negaraku semata-mata mahu mengganggu ucapan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebab lagu Negaraku, saya berhenti sekejap,” kata Ketua Umum KEADILAN itu apabila lagu itu berkumandang, malah turut menyanyi bersama-sama pemimpin dan penyokong Pakatan.
Sebaik saja meneruskan ucapan pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri di sini, malam tadi, sekitar 20 samseng Umno memutar semula lagu kebangsaan itu berulang kali.
“Saya hormat (lagu) Negaraku tapi ini sudah jadi mainan mereka (Umno),” kata Anwar sebelum meneruskan ucapan.
Kejadian sama lebih awal berlaku terhadap Lim Guan Eng apabila lagu Negaraku dipermain untuk mengganggu ceramah Setiausaha Agung DAP itu.
Guan Eng juga menghentikan ucapan apabila lagu itu kedengaran, sebaliknya  samseng Umno terus memasang semula lagu berkenaan beberapa kali.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913