Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Antara umpan dan tawaran untuk anak muda

$
0
0

Ameerah Malaysia menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan pembubaran Parlimen Malaysia pada hari ini.

Walaupun rakyat dibiar menunggu selama lebih setahun selepas ura-ura pembubaran parlimen yang kononnya akan berlaku lebih awal, tetapi selepas lebih 5 tahun dari tarikh pembuangan undi PRU12, Perdana Menteri akhirnya berani membuat pengumuman tersebut.

Tarikh pembubaran yang sememangnya menjadi tanda tanya kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pertama kali dalam sejarah negara tempoh pentadbiran kerajaan yang paling lama berlaku. Yang paling memeranjatkan, rakyat terpaksa melihat Dewan Undangan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri pada 28 Mac yang lalu.

PRU13 menjanjikan pertandingan yang paling sengit di antara dua koalisi politik terbesar dalam negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Di kalangan anak muda, perbezaan ketara yang dapat dilihat dalam pendekatan kedua-dua  koalisi ini adalah pemberian umpan dan tawaran.

Di pihak Barisan Nasional dilihat lebih gemar memberi umpan berupa pemberian “one-off” seperti BR1M, Baucher Buku 1 Malaysia, rebat telefon pintar dan bermacam-macam lagi. Semua ini hanya dapat membantu meringankan sedikit beban rakyat dalam jangka masa yang pendek.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913