Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13 : SPR tidak bertindak terhadap pemerhati pilihanraya semata-mata kerana aduan politik

$
0
0
KUCHING, 3 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan bergantung semata-mata kepada aduan oleh parti politik atau calon untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pemerhati pilihan raya yang dilantik, kata seorang ahli SPR, Datuk Mohammad Ramji Alli.
Beliau berkata sebaliknya, SPR akan terlebih dahulu mengesahkan dengan pegawai pengurus pilihan raya atau penyelia daerah pilihan raya yang berkenaan sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil terhadap pemerhati terbabit.
“Kami akan memeriksa balas dengan pegawai kami (di pusat pengundian). Kami tidak boleh hanya bergantung kepada maklumat daripada orang luar (termasuk parti politik dan calon yang mengadu tentang dakwaan salah laku oleh pemerhati pilihan raya),” katanya kepada pemberita di sini selepas sesi taklimat bagi pemerhati pilihan raya di Sarawak di sini hari ini.
Beliau berkata sejumlah 82 pemerhati pilihan raya dilantik oleh SPR bagi Pilihan Raya Umum ke-13 di Sarawak, yang akan melibatkan 31 kawasan parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913