SHAH ALAM 3 APRIL : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujudnya elemen nepotisme di dalam parti itu kerana isteri dan anak sulungnya menyandang jawatan tertinggi berasaskan keupayaan dan semangat juang.

“Manakala anak saya Nurul Izzah telah melalui liku-liku yang mencabar dan bukannya seorang puteri raja yang memperolehi berbilion ringgit dan pelbagai kelebihan.
“Dan beliau juga menghadapi kesukaran juga ketika untuk memasuki universiti dan menghadapi serangan daripada pelbagai sudut.
“Kita berada di sini berdasarkan perjuangan dan boleh bandingkan (antara kita dan) mereka yang kaya dan terkenal.
“Saya serahkan soal ini kepada rakyat Malaysia untuk menentukan dan memberikan peluang sepertimana rakyat Malaysia yang lain,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Televisyen Antarabangsa Al-Jazeera secara langsung pada jam 6.15 petang Waktu Malaysia.
Menjawab soalan lain, Anwar berkata gabungan parti PKR-PAS-DAP adalah mantap berasaskan kejayaan mentadbir empat negeri Pakatan Rakyat sepanjang lima tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>