PUTRAJAYA, 3 April — Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding
dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh
hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.
Beliau berkata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.
“Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan
kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu
hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada pemberita
selepas acara “Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya” di sini.
Tengku Adnan berkata senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.
“Sekiranya mereka sudah mendapat laporan kesihatan mereka enam bulan lepas, mereka boleh hantar kepada kami, sekiranya belum, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya.
Tengku Adnan berkata BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.
Beliau berkata Najib akan mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 pagi esok dan selepas itu mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN pada 11 pagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>