
Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.
“Temerloh dan Kangar tradisinya ditandingi KEADILAN tapi setelah berunding, kita bersetuju untuk bertanding di tiga Parlimen itu,” katanya pada sidang media hari ini.
Hadi semalam mengumumkan calon PAS Nasruddin Hassan At-Tantawi di Temerloh dan Baharuddin Ahmad di Kangar.
Azmin berkata, keputusan berhubung pembahagian kerusi terkini akan diputus dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat KEADILAN, esok.
“Pembahagian kerusi mencapai 90 peratus persetujuan dari ketiga-tiga parti. Esok, adalah pembahagian kerusi terkini dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) empat negeri Pakatan,” katanya.