
"Alhamdulillah, kalau Aishah bertanding lagi mudahlah kerja kita. Kita (orang-orang Jempol) punya cara, siapa yang berkhidmat kepada rakyat itu yang akan kita pilih.
"Aishah ini penyanyi yang pernah popular sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Mohd Nizam mengulas pengumuman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu malam tadi bahawa PAS mencalonkan Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin untuk bertanding di kerusi itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Tarmizi Mohd Jam mengesahkan pengumuman itu dibuat oleh Mohamad di Taman Melewar, Gombak.
Read More / Baca Lagi >>