GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan rakyat supaya membuat pilihan bijak bagi memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, ini kerana rakyat mempunyai kuasa penuh untuk menentukan kerajaan baru selepas Dewan Rakyat dan Dun dibubarkan bagi membolehkan PRU13 diadakan.
Tengku Razaleigh Hamzah"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengumumkan pembubaran Parlimen (Dewan Rakyat) kelmarin bagi membolehkan PRU13 diadakan dan ia memberi kuasa penuh kepada rakyat memilih kerajaan baru bagi menentukan masa depan.
"Negara kita masih mengamalkan demokrasi untuk tujuan itu, tetapi rakyat harus menilai secara bijak sebelum membuat keputusan untuk mengundi siapa
pemimpin yang layak bagi mereka," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek, di sini hari ini.