KUALA
LUMPUR, 5 April — Penganut Muslim di seluruh negara hari ini diberi
amaran untuk menjauhi pemimpin yang berjanji untuk mengembalikan “kuasa
kepada rakyat” dan sebaliknya digesa untuk memilih mereka yang telah
menepati janji dalam khutbah Jumaat, seiring kempen yang dibawa oleh
Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya 2013.
Khutbah tersebut yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) menekankan ia adalah cubaan untuk memanipulasi perasaan dan
sentimen dengan janji memulangkan kuasa kepada rakyat digunakan oleh
musuh Islam untuk memusnahkan negara Islam.
“Ia bermula dengan mewujudkan bayangan palsu kepada pemerintah yang sedia ada dan seterusnya bayangan palsu itu dijadikan persepsi supaya dipercayai oleh rakyat yang akhirnya ia dimanipulasi untuk menjatuhkan negara dan pemerintah,” kata teks khutbah tersebut, disamping memberi amaran kepada orang ramai untuk menjauhi pemimpin yang bertindak sedemikian.
Menepati janji yang dibuat kepada pengikut-pengikutnya adalah salah satu ciri-ciri seorang pemimpin yang berkebolehan, menurut khutbah itu lagi.
“Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai, bukannya berdusta, berjanji palsu dan menghampakan orang bawahannya.
Read More / Baca Lagi >>