Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Cicak Dan Rosmah....

$
0
0

Kenapa gua gunakan tajuk 'Cicak dan Rosmah', kenapa tidak 'Cincin belian dan Rosmah' atau 'Gelang Permata dan Rosmah' atau 'Beg berjenama dan Rosmah' kerana jika diikutkan banyak lagi isu yang berkait rapat dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib mantan Perdana Menteri Malaysia. Gua sebenarnya tidak memusuhinya walau pun gua tahu apa yang beliau lakukan semasa beliau masih lagi bergelar isteri orang. Sebelum beliau berkahwin dengan anak Tun Abdul Razak Hussein bekas Perdana Menteri Malaysia ke 2, yang mengikut khabar-khabar angin ia melibatkan wang yang banyak untuk tebus talak.
Apa yang gua marahkan kerana beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan beliau hanyalah isteri kepada mantan Perdana Menteri atau lebih tepat sebagai suri rumah sepenuh masa untuk suaminya telah menyalah gunakan kedudukannya dengan mengelarkan dirinya sebagai 'First Lady Of Malaysia (FLOM). Sedangkan gelaran itu secara mutlak adalah dimiliki isteri ketua negara iaitu Raja Permaisuri Agong
Bukan sekadar merampas gelaran, malah beliau menyalah guna kedudukannya sebagai isteri mantan PM dengan menubuhkan satu seksyen 'FLOM' di Putrajaya yang terletaknya pejabat Perdana Menteri. Didalam pejabatnya yang tertera tulisan FLOM, beliau mempunyai pengarah, setiausaha, pegawai tadbir urus, kerana sebagaimana terdapat didalam kementerian-kementerian yang berada di Putrajaya. Begitu hebatnya kuasa yang dimiliki oleh manusia yang bernama Rosmah Mansor.
Jika kita melihat kepada susunan keutamaan persekutuan, YDP Agong menduduki tempat pertama dan diikuti Raja Permaisuri Agong, Perdana Menteri ke 6, TPM ke 7, Speaker Dewan Negara ke 12, Speaker Dewan Rakyat ke 13, Peguam Negara ke 18, Ketua Pembangkang ke 28 mengatasi Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan yang menduduki tangga ke 29. Di mana pula kedudukan Rosmah Mansor dalam senarai ini, jawapan tiada langsung tetapi kuasa beliau mengalah kuasa yang dimiliki Najib yang berstatus PM Malaysia (mantan).
Kenapa beliau begitu berkuasa dan pihak berwajib bukan tak tahu skandal-skandal beliau yang terlalu banyak tetapi mereka tetap takut untuk mengheret Rosmah Mansor untuk siasatan. Jalan terbaik untuk rakyat Malaysia mengetahui semua skandal beliau dan para pemimpin tertinggi Umno/BN ialah dengan memberi undi anda kepada Pakatan Rakyat. Dengan cara itu sahajalah kita dapat mengetahui salah laku, salah guna, rasuah mahu pun pembunuhan jika ada. Kita akan disajikan sikap dan sifat sebenar Imelda Rosmah Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913