
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata manifesto tersebut akan diedarkan di semua 28 bilik gerakan Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh enam kawasan parlimen di negeri ini.
"Tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah mengetengahkan satu manifesto yang bernas dan berkualiti memenuhi segenap keperluan rakyat jelata selaras dengan dasar 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.
"Jelas bahawa manifesto yang dilancarkan semalam adalah janji yang mampu ditunaikan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran Pengguna anjuran Persatuan Kebajikan Pengguna Melaka di sini hari ini.
Katanya manifesto BN yang merangkumi 17 aku janji BN itu mampu melonjakkan lagi negara sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi kerana ia menitikberatkan semua aspek kehidupan termasuk ekonomi, keagaaman dan sosial.
Read More / Baca Lagi >>