
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan lucu Mahathir itu bagi mengalih isu sebenar pendedahan kekayaan melampau dia dan anaknya.
“Percayalah…bangkitnya Mahathir menjelang pilihan raya bukan mahu perjuangkan hak Melayu, tetapi untuk mempertahankan kedudukan anaknya dalam politik dan juga kekayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Harapan Rakyat di Padang Awam, Bandar Laguna Merbok, Kedah, malam tadi.
Saifuddin berkata, Mahathir cemas jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, segala penyelewengan dan kekayaan keluarganya akan didedah.
“Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan beliau dan anaknya menjadi agenda utama yang akan dibongkar.
Read More / Baca Lagi >>