Suasana politik di negeri Terengganu kembali menjadi ‘panas’ dengan
pelbagai spekulasi tentang calon dan parti yang akan memacu kepimpinan
negeri selepas pilihanraya umum (PRU) akan datang ini. Datuk Seri Ahmad
Said telah awal-awal lagi menolak spekulasi dan khabar angin kencang
bahawa beliau tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU13 ini.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, berkata; "Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh (letak) nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM…".
Namun cakap-cakap politik kebanyakan rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said akan digugurkan pada PRU ke 13 ini terus bertiup kencang. Mantan Adun Kijal itu telah diberikan mandat untuk memimpin kerajaan negeri sejak lima tahun lalu setelah berlakunya krisis kepimpinan Umno dengan pihak istana bagi melantik menteri besar. Beliau dianggap sebagai mantan menteri besar paling ‘kontroversi’ dalam sejarah Malaysia kerana perlantikan jawatan MB ini.
Rakyat
Terengganu kini boleh menilai sendiri 5 tahun pentadbiran Terengganu di
bawah kepimpinan beliau. Ramai yang menimbulkan persoalan, apakah
beliau akan terus diberikan lagi kepercayaan mentadbir Ganu Kite
sekiranya Umno/BN dapat memenangi majoriti kerusi DUN? Bagaimanakah
bentuk ‘report card’ beliau sepanjang 5 tahun menjadi MB ini? Adakah
beliau patut diberikan markah ‘cemerlang’, ‘lulus’, atau ‘gagal’ untuk
pretasi sepanjang pentadbiran beliau ini? Mari kita amati fakta-fakta
di bawah;
1. Negeri Terengganu sepanjang 5 tahun di bawah pentadbiran Ahmad Said, telah melaksanakan ‘perbelanjaan amat luar biasa’. Bajet kerajaan negeri telah mencecah hampir RM10 billion dengan defisit tahunan hampir RM200 juta setiap tahun. Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi berbanding seluruh negeri di Semananjung Malaysia dengan perbelanjaan lebih RM2 bilion setiap tahun. Perbelanjaan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Persoalannya, apakah ini telah memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata masih terpaksa bergelut dengan kehidupan harian yang amat mencabar?
Read More / Baca Lagi >>