Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: DAP akan guna lambang PAS, PKR jika surat RoS tidak ditarik balik

KUALA LUMPUR, 18 April — DAP menuntut Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini untuk menarik balik surat tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti tersebut selewat-lewatnya esok, gagal melakukan sedemikian memaksa mereka menggunakan lambang PKR dan PAS dalam Pilih Raya 2013 nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata laporan Bernama yang memetik Ketua Pengarah RoS Datuk Abdul Rahman Othman hari ini sebagai berkata bahawa DAP masih boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya 5 Mei nanti masih “tidak cukup baik”.
“CEC DAP dalam mesyuarat malam ini memutuskan RoS perlu membatalkan surat tidak mengiktiraf pemegang jawatan dalam CEC selewat-lewatnya jam 3 petang esok, Jumaat,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat DAP hari ini, yang merujuk kepada jawatankuasa pusat parti.
“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan DAP mengarahkan 53 calon parlimen dan 103 calon-calon negeri di seluruh negara untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang di bawah lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan simbol PKR di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Lim mengecam langkah RoS ekoran surat bertarikh 17 April 2013 yang dikeluarkan menjelang dua hari sebelum penamaan calon, berkata ia bertujuan untuk “membunuh peluang DAP dalam pilihan raya dengan memaksa semua calon DAP menjadi calon bebas.”
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913