KOTA BHARU - Pas Kelantan menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk
Sri Najib Tun Razak yang mempersoalkan keupayaan Pakatan Rakyat (PR)
untuk menerajui negara kerana masih banyak perkara asas belum disepakati
sebagai tidak tepat.
Exconya, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun pada asasnya parti-parti komponen dalam PR berbeza, tetapi masih sepakat dalam merancang untuk turun kepada masyarakat dengan lebih teratur.
“Walaupun kita berbeza, tetapi kita boleh duduk bersama dan merangka satu gerak kerja untuk membangunkan masyarakat dan negara, itu lebih penting,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kursus Panel Penceramah Pemadam Negeri Kelantan 2012 di Khalifa Suites Hotel & Apartment di sini, semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan turut menolak dakwaan Najib yang menyifatkan pelbagai isu asas termasuk ideologi, kepimpinan, dan hala tuju, masih gagal disepakati seolah- olah menggambarkan ketidakupayaan pentadbiran PR.