Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Loke umum tidak bertanding DUN Lobak

$
0
0
Beliau yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP. 

SEREMBAN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook (Lobak-DAP) mengumumkan tidak akan bertanding di DUN Lobak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Beliau mengumumkan perkara ini di akhir sessi perbahasan beliau ketika Persidangan Ketiga (Belanjawan 2013) Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri yang ke-12 semalam.
“Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengundi- pengundi DUN Lobak kerana memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil mereka dalam dewan yang mulia ini hampir sembilan tahun lepas.
“Saya ingin umumkan bahawa saya tidak akan bertanding di DUN Lobak pada PRU-13 tetapi dikerusi yang lain.
“Saya yakin pengundi-pengundi DUN Lobak akan terus memberikan mandat kepada wakil DAP dalam mewakili suara Lobak di dalam Dewan yang mulia ini dulu, kini dan selamanya,” kata Loke.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada Speaker, barisan Exco, ADUN-ADUN dan pegawai-pegawai kerajaan jika terdapat kata-kata saya yang menyinggung perasaan anda semua. Dengan rendah diri saya memohon maaf.,” kata Loke.
Kempen aman tanpa provokasi
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913