KUALA LUMPUR: Di sebalik kenyataan kerajaan mahu
memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hakikatnya masih ada
mangsa yang menanggung sengsara kerana akta yang zalim itu.
Kesengsaraan itu dirasai oleh 27 keluarga, membabitkan 27 tahanan ISA yang masih meringkuk di Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), Kamunting.
10 di antara mereka merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya dari negara luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India dan Iraq.
Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia berasakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan, maka semua tahanannya dibebaskan.
Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa masih ada tahanan akta itu yang masih terkurung dan tertakluk dengan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan ISA.
GMI, peguam ke Tawau
Read More / Baca Lagi >>