Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Zam cemari maruah bangsa, negara

$
0
0
Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti.

Oleh Saifudin Nasution Ismail
Tulisan Zainudin Maidin atau juga dikenali sebagai Zam bertajuk ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’ (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya.
Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainudin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan mantan Menteri Penerangan.
Belum pun badai yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dengan pembantu rumah Indonesia reda, Zainudin pula mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia membuat bantahan rasmi dan meminta Zainudin memohon maaf.
Malang sekali, Kementerian yang sepatutnya memancarkan sinar kebenaran telah dihitamkan oleh Menteri dan mantan Menterinya yang angkuh, sombong dan berfikiran separuh matang.
Hubungan bangsa serumpun dengan Indonesia yang sentiasa aman dan saling membantu terjejas kerana sikap biadap pemimpin kita sepertimana yang dibuktikan oleh Zainuddin.  Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.
Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi.  Pada era pemerintahan Seoharto, hampir separuh anggota Kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.
Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy).
Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia di zaman mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir pecat Zam dari Utusan
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913