Sungguh menghairan
kita, perkara yang amat mudah tidak boleh difaham oleh UMNO dan pengikut nya. Orang
Melayu yang diluar UMNO pun Melayu juga. Melayu, DAP, Melayu PAS dan Melayu PKR
tidak kurang keMelayuan mereka dari Melayu UMNO. Yang UMNO hendak sombong dan
angkuh mengakui bahawa yang Melayu itu hanya mereka sahaja, mengapa? Kerana mereka
membela agama, bangsa dan tanah air?
Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
Hang Jebat tidak kurang Melayu daripada Hang Tuah. Jebat hanya berpegang kepada prinsip raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.Ini prinsip yang mudah difaham oleh mereka yang berakal waras.
Pemimpin UMNO
kesana kemari bercerita mengenai wasatiyah dan maqasid shar-iyah, tapi ketawa
bila orang kafir mempermainkan, mengejek dan mempersenda agama Islam. Ketua besar
UMNO, parti Melayu yang terbesar memakai baju kami tentang hudud bersama sama
dengan orang kafir. Ini tidak mengeherankan sangat kepada mereka yang tahu
latar belakang ketua besar UMNO ini.
Pemimpin UMNO
bersyarah kepada orang Melayu bawahan supaya berbelanja berjimat cermat dan
berhemah, tapi gagal melakukan apa yang mereka nasihatkan. Isteri ada cincin
RM74 juta , beg tangan RM300-400 ribu sebuah, jam tangan RM 600 ribu- orang
yang serupa menasihati rakyat mengurus wang RM500 dengan berhemah.
Read More / Baca Lagi >>