Oleh Aspan Alias
Isu Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, bertanding dengan tiket bebas amat menarik. Menarik bukannya
kerana ia mengejutkan, ia kejadian yang pertama kalinya berlaku dalam
sejarah UMNO atau lebih khusus lagi sejarah Wanita UMNO, tetapi
bagaimana reaksi UMNO terhadap tindakan Kamilia itu.
Walaupun Kamilia telah meletakkan jawatan selepas sahaja beliau
mengemukakan kertas pencalonannya, Tan Sri Muhyiddin telah membuat
kenyataan yang UMNO akan mengeluarkan surat pemecatan keatas Kamilia
isnin ini. Sebagai seorang Pemimpin Tertinggi Wanita dan Ahli Majlis
Tertinggi pula, sememangnya Kamilia sepatutnya dibawa bersama dalam
rundingan dalam banyak isu parti termasuklah isu perletakan calon dalam
pilihanraya kali ini.
UMNO
telah mengguris Kamilia sebegitu rupa dan tindakan beliau bertanding
diatas tiket bebas itu merupakan tindakan manifestasi Wanita UMNO
terhadap pandangan pimpinan UMNO terhadap Wanita. Perlakuan terhadap
Kamilia itu merupakan lambang UMNO sudah kehilangan wibawa yang tidak
tahu berbuat apa yang sangat penting untuk menjaga hati ahli-ahli Wanita
nya.
Read More / Baca Lagi >>