Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

PRU13: Jangan remeh gerak kerja di medan maya

Oleh Zulkifli Yahaya
UNTUK PRU13 kali ini jarak dari tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari mengundi adalah sebulan. Waktu berkempen selepas hari penamaan calon juga agak panjang daripada biasa iaitu selama dua minggu.

Dalam amalan demokrasi berat sebelah di Malaysia, pihak pembangkang memang memerlukan masa berkempen yang lebih selesa untuk mempastikan maklumat sampai kepada rakyat di akar umbi. Pakatan Rakyat hanya ditawarkan 10 minit dalam masa lima tahun untuk menyampaikan bahan kempen yang telah ditapis sedangkan BN ditawarkan masa berkempen sebanyak 365 hari setahun dalam semua media utama, termasuk RTM yang menjadi milik rakyat.
Memang sejak 9 Mac 2008, BN telah berkempen menggunakan semua saluran media utama selama lima tahun dan belum terhenti hingga setakat ini. Ramai penganalisis menjangkakan apabila BN menggunakan semua media tersebut untuk mengasak kempen berat sebelah selama dua minggu (agak lama) selepas hari penamaan, maka rakyat akan naik muak. Jadi dua minggu masa rasmi untuk berkempen akan bawa padah pada BN. Sementelahan, BN juga sudah terlalu lama berkempen menggunakan media utama, rakyat sudah lali dan tidak dapat membezakan lagi antara perkara kecil dan besar apabila pihak BN yang membuka mulut, bersuara.
Selama ini pun sebahagian besar rakyat sudah hilang keyakinan terhadap media utama yang diperalatkan BN sebaliknya menjadikan media baru sebagai sumber maklumat. Maka tempoh berkempen dua minggu ini akan lebih 'membantu' merosakkan imej BN dari membawa kebaikan kepada mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913