Selangor mengalu-alukan penganjuran himpunan Bersih 5.0 dalam masa terdekat seperti mana dirancang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ‘sekarang’ merupakan masa tepat menyatukan rakyat menentang kerajaan korup.
“Kita bersedia berbincang mengenai cadangan perhimpunan kerana sudah tiba masa menggerak dan menyatukan rakyat.
“Saya pasti Bersih akan berhubung dengan pihak sekretariat untuk perbincangan selanjutnya,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendedahkan BERSIH 5.0 sedang dirancang berikutan saman sivil berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Amerika Syarikat.
Maria turut mengalukan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai pehimpunan itu.
Pada 21 Julai lalu, Mahathir mencadangkan perhimpunan aman diadakan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.