Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghargai usaha Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang juga Presiden KEADILAN berkata, usaha itu memberi peluang Malaysia mendapatkan kembali aset melebihi AS$1 bilion yang dipercayai diseleweng.
“Terima kasih kepada Amerika yang banyak membantu kita yang selama ini tercari. Di Malaysia tak jumpa apa, tetapi jumpa di sana,” katanya di Majlis Rumah Terbuka di sini, hari ini.
Selain wakil kedutaan Amerika Syarikat, majlis diserikan kehadiran wakil diplomat negara lain seperti Singapura, Indonesia dan India.
Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali turut memuji usaha dan keberanian Amerika Syarikat mengambil tindakan berkenaan.
“Cuma satu soalan saya kepada, siapa yang dimaksudkan dengan Malaysia Official No 1 itu, yang pastinya bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah.
“Perdana Menteri sila bertanggungjawab kerana anda sudah memalukan Malaysia di mata antarabangsa,” katanya.
Pada 20 Julai lalu, DOJ memfailkan tuntutan sivil bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa hasil penggubahan wang haram melalui 1MDB.