PUCHONG - “Biarlah parti baharu ni ditubuhkan dulu…bab kerjasama tu Majlis Pakatan Harapan akan putuskan kemudian bila sudah jelas matlamat dan hala tuju mereka,” demikian reaksi Ketua Biro Guaman DAP, Gobind Singh Deo.
Mengulas kerjasama antara Pakatan Harapan dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Gobind berkata, persoalan itu hanya boleh dijawab selepas pihaknya mengetahui prinsip, matlamat dan perjuangan parti tersebut.
Beliau sebelum itu berkata, pihaknya berpegang kepada prinsip setiap orang mempunyai hak masing-masing dalam politik dan mengalu-alukan penubuhan parti baharu.
“Persoalan sama ada mereka boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan itu hanya boleh ditentukan selepas kita lihat struktur parti mereka.., kita mahu tahu apa hala tuju parti mereka” katanya.
Gobind berkata, dalam Pakatan Harapan sudah disebut daripada awal sesiapa yang menyokong perjuangan pihaknya akan diberi ruang.
Katanya, seperti yang semua sedia maklum, parti baharu tersebut masih dalam peringkat pertubuhan.
“Kita akan lihat perkembangannya selepas ini, tujuan penubuhannya kita tak tahu lagi tapi apa yang dibaca di media mereka nak tumbangkan BN pada PRU14 akan datang ,” katanya yang berpendapat mereka yang ingin menubuhkan parti tersebut mempunyai perasaan khuatir berhubung isu dana yang menjadi kontroversi kini.
Read More / Baca Lagi >>