"Di kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin UMNO kanan, anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen BN yang cuba melepaskan diri daripada ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas di hadapan mereka."
Mana ada, tak dengar pun...karut-marut dan tidak masuk akal.
Benarkah wujud gerakan untuk menyingkirkan Najib sedang berlaku dalam UMNO?
Siapa yang akan lakukan lakukan? Berani mereka berbuat demikian dan apakah sanggup mereka berkorban pangkat, kedudukan dan keistimewaan?
Tidak mungkin akan ada gerakan singkir Najib dari dalam UMNO sendiri. Dari luar perkara biasa, malah dari luar negara pun!
Lagipun amat meragukan jika ada pihak akan melakukan sedemikian dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) langsung tidak menjejaskan UMNO.
Jangan percaya dengan laporan media asing. Percayakan dengan cakap pemimpin UMNO dan kerajaan agar tidak terpengaruh, termasuk dalam isu membabitkan 1MDB.
Pemimpin UMNO lebih tahu. Yang dari luar itu ‘putar-belit’ dan sengaja mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.
Ada pihak meramalkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO akan beralih kepada pembangkang ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Dikatakan juga, di kalangan yang akan beralih angin itu adalah pemimpin dan ahli UMNO kanan, anggota-anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional.
Mereka cuba melepaskan diri daripada kemelut kepimpinan dan parti akibat ‘perbuatan Najib’ sambil melihat peluang sedang terbuka luas di harapan mereka.
Ini berikutan pengumuman bekas Perdana Menteri mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan ahli veteran Umno akhirnya keluar parti itu pada bulan Februari yang lalu di mana penubuhan parti itu akan menarik mereka yang mungkin tidak menyokong parti-parti pembangkang sedia ada.
Kelmarin (23 Julai 2016), akhbar South China Morning Post (SCMP) mengatakan beberapa menteri Kabinet serta mereka yang berada pada kepimpinan tinggi sedang melakukan gerakan menyingkir Najib.
Mereka dikatakan akan bersama pembangkang selepas pendedahan DOJ Amerika Syarikat Rabu lalu untuk merampas harta yang dikaitkan dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.
“Saya tidak kata semuanya, tetapi Majlis Tertinggi UMNO akan tetap menyokong Najib, kata sumber dalaman UMNO.
Bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah dipetik oleh akhbar itu menyebut, Umno dalam keadaan gundah-gulana. “Beberapa pemimpin kanan parti itu telah mula 'berbincang' dengan Mahathir," ujar Firdaus, memetik laporan yang sama.
Laporan memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin Umno itu telahpun memulakan perbincangan dengan Dr Mahathir.