Segalanya masih dalam perundingan. Maka tidak benar dakwaan Pengerusi Umno Pulau Pinang bahawa Lim Guan Eng menerima tamparan hebat kerana masih gagal mendapatkan sokongan komponen dalam Pakatan Harapan khususnya PKR berhubung cadangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.
Tuduhan semberono sesetengah pihak konon DAP hanya mementingkan diri juga adalah tidak betul. Jika DAP mementingkan diri, sudah tentu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubar tanpa mengambil kira pandangan komponen dalam Pakatan Harapan. DAP tidak bertindak sendirian.
Sudah tentu, keputusan untuk membubarkan DUN ini bukanlah suatu yang mudah, tambahan pula pilihanraya berasingan bagi negeri di Semenanjung Malaysia bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan. Namun, pilihanraya berasingan antara Parlimen dan Negeri adalah hak demokratik negeri.
Untuk sesuatu yang baharu, tentunya memerlukan perbincangan mendalam. PH tidak seperti UMNO yang dilihat menjadi pembuat keputusan mutlak bagi seluruh komponen BN.
Dalam ribut-ribut PRN Pulau Pinang, suka saya memetik kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook dalam satu wawancara yang memberi sebab kewajaran diadakan PRN Pulau Pinang.
Dengan mengambilkira segala risiko dan kebimbangan rakan-rakan komponen PH, beliau berkata sejak sekian lama, BN menentukan waktu diadakan pilihanraya. Ia bermaksud, waktu pilihanraya yang ditentukan BN itu adalah masa yang memberi kelebihan buat mereka. BN mencari masa yang sesuai supaya mereka boleh menang.
Read More / Baca Lagi >>