Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Komplot jatuhkan Perdana Menteri, tragedi tiga Tan Sri

$
0
0
Pemuda Umno sudah buat laporan polis ke atas tiga orang Tan Sri yang pernah duduk dalam satu jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan aliran tunai berjumlah sekitar RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi dengan nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tiga orang Tan Sri ini, Zeti Akhtar Aziz, Abdul Gani Patail dan Abu Kasim, telah dituduh oleh gerombolan Pemuda Umno kononnya telah berkomplot untuk menjatuhkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia.
kitsiang_melayuhilangkuasa_Pemuda Umno secara ringkasnya telah menyerang bekas-bekas bos Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Peguam Negara dengan mempersoal taat setia mereka kepada kerajaan.
Mereka didakwa telah memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk pihak Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat, FBI.
Daripada empat orang Tan Sri yang menganggotai pasukan khas menyiasat aliran tunai ke akaun Najib Razak, hanya seorang Tan Sri sahaja yang masih selamat, iaitu Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Tan Sri KPN sekarang berhadapan tanggungjawab sukar untuk menyiasat tiga Tan Sri lain, yang dahulunya bekerjasama dengannya dalam satu pasukan.
Pemuda Umno bukan sahaja telah bertindak menyerang peribadi tiga orang Tan Sri yang telah berundur daripada jawatan masing-masing ini (secara paksa atau rela kita tidak pasti), malah Pemuda Umno telah hampir sahaja pasti mengesahkan bahawa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika, adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri sendiri.
Seelok-eloknya, tiga orang Tan Sri ini mungkin boleh segera memohon suaka politik daripada mana-mana kedutaan terdekat, dan mohon dikeluarkan dari Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak dikekang daripada menyatakan kebenaran oleh tangan-tangan kasar aparat keamanan negara.
Kita mungkin sahaja menyaksikan Gani Patail, Zeti dan Abu Kassim ditangkap, disoal siasat, dan dikurung di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, antara lain kerana mengancam proses demokrasi dan merancang untuk menggulingkan kerajaan dengan cara salah. Komplot menggulingkan perdana menteri bukan benda main-main. Pemuda Umno pastinya tahu itu.
Kedua, mungkin kita boleh cadangkan kepada (bekas) staf-staf mereka, terutamanya yang berada di SPRM untuk segera mendedahkan segala bukti dan hasil siasatan terhadap kes-kes melibatkan pemuka-pemuka Umno yang lainnya, terutamanya yang berprofil tinggi.
Kita sangat pasti bahawa fail siasatan terhadap gerombolan Umno ini semua tebal-tebal belaka dan hanya menanti saat dan ketika untuk dibocorkan kepada pengetahuan orang ramai.
Masanya sudah amat sesuai untuk SPRM melancarkan kempen ‘buli balik’ ke atas gerombolan yang selama ini menekan dan mengawal siasatan mereka, malah sesuka hati memindah-mindah pegawai, dan terbaru mendakwa bekas bos mereka sebagai pengkhianat negara.
Baru lah rancak.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913