Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Kempen rebut jawatan dalam Umno bermula

$
0
0
Oleh Mohd Sayuti Omar
Ramai orang bingung dan rasa pelik malahan menganggap tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap bekas Gebenur Bank Negara, Zetti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Petail dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ((SPRM) Abu Kassim Mohamad sebagai bersifat serampang dua mata.

Laporan polis itu dibuat Khairul Azwan kononnya mereka bertiga berpakat untuk menjatuhkan PM Najib Razak dengan mendakwa memendedahkan maklumat palsu berhubung skandal 1MDB dan dibocorkan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). Kebetulan mereka bertiga ini juga individu berjawatan yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, dana RM2.6 billion dan kes-kes lain.

Kenapa orang ramai pening dengan tindakan Khairul Azwan itu kerana ia mengaitkan penjawat awam, atau mereka yang dilihat tidak ada kepentingan politik sepanjang mereka menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Gara-gara itu maka ianya dilihat tindakan Khairul Azwan itu sebagai anih dan pelik. Manakala bagi pegawai kerajaan pula menyifatkan ia perbauatan biadap.

Zetti dan Abu Kassim engan mengulas laporan polis terhadap mereka itu. Manakala Abdul Ghani pula menyifatkan ianya satu cara untuk mendapat publisiti murah yang dicari oleh Naib Ketua Pemuda itu. Pulisiti murah? Apakah Ghani maksudnya Khairul Azwan sedang mengampungkan saham politiknya dalam sayap Umno itu?

Sehingga kini belum jelas untuk apa dan kenapa laporan polis itu dibuat oleh beliau. Ketua "Pak Leh" menjanji akan menyiasat laporan berkenaan dan pemuda itu akan dipanggil. Tindakan Naib Ketua Pemuda Umno itu juga bukan sesuatu yang positif bila mana banyak pihak yang mencemuhinya. Ekoran itu timbul pelbagai spekulasi atas apa yang berlaku. Kerana beliau Naib Pemuda Umno, ada pihak cuba mengheret dan mengenakan ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dengan tindakan Khairul Azwan itu.

Seorang penulis yang juga bekas wartawan veteran telah mengambil peluang dengan tindakan Khairul Azwan itu untuk melanyak Khairy. Katanya Khairy penakut untuk membuat laporan polis tetapi diserahkan kepada timbalannya. Tekannya sepatutnya laporan itu dibuat oleh Khairy bukan pembantunya. Tanggapan itu jelas mencalitkan sesuatu yang negatif bersifat provokatif kepada Khairy Jamaluddin.
Read More / Baca Lagi >>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913