Quantcast
Channel: RAKYAT MARHAEN
Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913

Konspirasi: Khairul Azwan akan dipanggil beri keterangan esok - KPN

$
0
0

Laporan konspirasi: Khairul Azwan akan dipanggil beri keterangan esok - KPNKUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun akan dipanggil pihak polis untuk direkodkan kenyataannya esok berhubung laporan polis yang dibuatnya pada Selasa lalu mengenai berlakunya konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut apabila ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan ASEANAPOL ke-36 di Putrajaya petang ini.

Pada Selasa, Khairul Azwan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan menyatakan nama tiga individu tersebut sama ada secara berseorangan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Najib sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan memanggil Khairul Azwan bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuatnya.
Sebelum ini, Gani menyifatkan dakwaannya terbabit dalam konspirasi itu, hanyalah muslihat pihak tertentu untuk mencari publisiti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 43913