KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan isu tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia kepada polis untuk siasatan seterusnya.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya juga akan memberikan kerjasama dalam siasatan berkenaan.
"Kita serah kepada pihak polis untuk siasatan dan akan memberikan kerjasama. Selain itu saya tidak ada komen apa-apa lagi. Maaf," katanya melalui sistem pesanan Whatsapp kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Selasa, Khairul Azwan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi yang melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara , Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Read More / Baca Lagi >>