Tahun ini menyaksikan beberapa tragedi berdarah membabitkan kes tembak yang berlaku di seluruh negara.
Hampir setiap bulan, ada sahaja kejadian meragut nyawa yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan.
Berikut adalah kronologi kes tembak yang berlaku di seluruh negara bermula awal tahun ini.
25 Januari, KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tembakan, dipercayai ditembak dari jarak dekat di Jalan Jinjang pada pukul 2.10 petang.
Mangsa dikenali sebagai S. Surya Kumar, 41, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton.
11 Februari, PULAU PINANG:
Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat pada pukul 3.30 pagi.
Syed Amen Jainul Abdin yang merupakan pemilik restoran nasi kandar dan kedai mencuci kenderaan ditemukan berlumuran darah dalam kereta yang dipandunya.
28 Februari, SELANGOR:
Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal dalam kejadian pukul 4.40 pagi berhadapan sebuah stesen minyak Petron, Jalan Semenyih Kajang. Mangsa yang berumur 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
25 Mac, SELANGOR:
Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki dua kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Charterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang dalam kejadian pukul 8.45 malam.
Ketika kejadian, pengawal peribadi berkenaan memandu kereta jenis Mercedes Benz menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 dan didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.
15 April, SABAH:
Dua lelaki terbunuh selepas ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di Jalan Kolam, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Hii Lam King, 36, dan Ting Wen Hou, 23, kedua-duanya berasal dari Sibu, Sarawak namun menetap di Sabah. Ketika kejadian, Hii yang memandu kenderaan pacuan empat roda dikatakan dalam perjalanan balik dari menghantar anaknya ke sekolah.
20 April, KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki maut ditembak polis, sementara teman wanitanya bersama dua lagi rakan mereka ditahan di Jalan Kilang 51/A, di Kuala Lumpur pada awal pagi.
Keempat-empat individu terbabit dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kenderaan di sekitar Lembah Klang.
Semasa pemeriksaan itu, lelaki yang memandu kereta Proton Perdana itu cuba melarikan diri dan merempuh kenderaan polis termasuk anggota bermotosikal.
Anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah pemandu terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian.
21 Jun, SELANGOR:
Dua lelaki 30 dan 34 tahun yang memandu kereta berasingan cedera ditembak dari jarak dekat di persimpangan jalan besar Sunway Batu Caves ketika sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat pada pukul 12 tengah hari.
21 Jun, SARAWAK:
Setiausaha PKR Cawangan Miri, Bill Kayong, 43, ditembak ketika berada di dalam kenderaan pikap Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Lutong, Miri pada pukul 8.30 pagi.
Calon PKR di kawasan Bekenu pada pilihan raya negeri 7 Mei lalu itu meninggal dunia di tempat kejadian.
29 Jun, SELANGOR:
Read More / Baca Lagi >>