Hahaha....inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak.
Dulu semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya.
Yang paling popular ialah jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan akan turun apabila GST dilaksanakan. Agaknya kerana harga barang tidak juga turun-turun sampai sekatang, maka Najib menukarkannya untuk menjaga media sosial pula.
Kini, suara Ahmad Maslan memang jarang kedengaran sehingga dalam sekian banyak isu yang timbul kebelakangan ini, ramai juga mula "rindu" kepadanya.
Tetapi, beliau tidak diam sebenarnya. Diam-diamnya adalah diam berisi. Melalui tugas barunya menjaga media sosial sekarang, salah satu kejayaannya sudah mula terserlah sehingga "orang dah meninggal pun mampu dihidupkannya" untuk menyokong Najib.
Sudah tentu ia suatu kejayaan yang amat-amat membanggakan Najib dan UMNO.